Pernahkah terbayang di benak kita, bagaimana bila sa'atnya
kematian tiba? Kematian adalah kesendirian. Kematian adalah nyanyian
sunyi. Bahkan kematian adalah kengerian yang tak pernah terbayangkan.
Bagaimana mungkin kita membayangkan kematian, kita tidak pernah merasakan?
Begitu banyak orang takut pada kematian, dikarenakan tak bisa
membayangkan apa yang bakal terjadi. Sebagian lagi takut kepada rasa
sakit akibat terlepasnya jiwa dari badan yang konon tak terperikan
rasanya. Sebagian lagi takut karena kematian bakal memisahkan ia dari
segala yang dimiliki dan dicintai selama hidup di dunia.
Bagi para pecinta dunia, kematian bermakna ketakutan kehilangan
segalanya. Seluruh harta benda yang dikumpulkan. Mobil-mobil mewah
yang menjadi hobi dan kesukaan. Rumah-rumah bagus tempat dia
menghabiskan seluruh hidupnya. Bisnis dan kekuasaan yang diperjuangkan
mati-matian karena memberikan kebanggaan status sosial. Serta
orang-orang dekat yang sangat dicintai atau mencintainya.
Mereka yang mencintai dunia tidak tahu, bahwa kematian justru awal
dari kehidupan. Kematian adalah awal dari segalanya, awal dari
terbukanya cakrawala. Adalah syahadat yang sesungguhnya, ketika ia
menyaksikan dan membuktikan bahwa segala informasi mengenai Allah dan
Rasul-rasul- Nya adalah benar semua. Dan ditampakkan hasil perbuatannya
ketika hidup didunia.
Kematian adalah harapan bagi orang-orang yang putus asa. Kematian
adalah kerinduan bagi pecinta kehidupan yang lebih baik. Kematian
adalah air segar dibalik fatamorgana dunia. Kematian adalah jalan
lapang menuju taman-taman surga yang membahagiakan. Kematian adalah
pintu-pintu gerbang yang terbuka lebar menyongsong datangnya tamu-tamu
Allah yang ingin bertemu dan kembali kepada-Nya.
Ketakutan dan kerinduan. Kekhawatiran dan harapan. Segala
kegelisahan berbaur, lebur menjadi satu dibenak manusia. Di detik-detik
terakhir hidupnya. Sa'at-sa'at ia meregang nyawa. Menghadapi malaikat
maut yang datang begitu tiba-tiba. Ia menunggu sa'at yang tepat untuk
melancarkan serangan telak, menghajar jantung kehidupannya.
Amal kebajikan dan kejahatan telah sampai pada batas akhir. Yang
tertinggal hanyalah gema panjang, sepanjang sejarah kemanusiaan.
Kemarin adalah kenangan. Hari ini adalah amalan. Hari esok adalah
harapan. Innalillahi wa innailaihi roji'un...... Segalanya adalah
milikNYA, dan segalanya bakal kembali kepada-Nya.
Kini, sa'atnya untuk merenung, bertanya kepada diri sendiri,
sudah siapkah kita untuk mati? Bukan…..bukan untuk mati, melainkan
untuk mengarungi hidup sesudah mati. Tahun dan bulan terus berlalu.
Hari, jam, menit dan detik, berdenyut menggiring waktu. Kematian
semakin dekat. Entah bulan depan. Entah minggu depan. Entah esok hari.
Entah sebentar lagi, tak ada yang tahu…….yang pasti, dia akan datang.
"YA ROBBI……BIMBINGLAH KAMI SELALU DI JALAN MU, HINDARKAN
KAMI DARI SEGALA YANG JAHAT, DAN BIMBING KAMI UNTUK
MEMAHAMI DAN MENGGENGGAM MAKNA KEMATIAN SEJATI" [lr]
Wednesday, November 05, 2008
Labels: Artikel Islami

01. Ketika pemenang melakukan kesalahan dia berkata "saya salah!"
- Ketika pecundang melakukan kesalahan dia berkata, "ini bukan salah saya!"
02. Pemenang berkata, "saya sudah baik, tapi saya bisa lebih baik lagi!"
- Pecundang berkata, "saya tidak sejelek orang lain!"
03. Pemenang mencoba belajar dari setiap orang yang lebih baik dari pada dia.
- Pecundang selalu mencoba menjatuhkan orang lain.
04. Pemenang berkata, "mari saya kerjakan ini untuk anda!"
- Pecundang berkata, "itu bukan pekerjaan saya!"
05. Pemenang berkata, "pasti ada cara lebih baik mengerjakannya!
- Pecundang berkata, "begitulah biasanya dikerjakan disini!"
06. Pemenang berkata, "ini sulit tapi mungkin!"
- Pecundang berkata, "ini mungkin tapi sangat sulit untuk mengerjakan!
07. Pemenang selalu mempunyai rencana-rencana.
- Pecundang selalu mencari alasan.
08. Pemenang mempunyai komitmen-ko
- Pecundang hanya berjanji-janji saja.
09. Pemenang selalu menjadi bagian dari jawaban.
- Pecundang selalu menjadi bagian dari masalah.
10. Pemenang tuntas memecahkan masalah.
- Pecundang selalu tanggung-tanggung & tidak pernah memecahkan masalah.
Labels: Artikel Umum
SUAMI YANG MEMENUHI KEWAJIPAN
A. Suami Teladan ialah:
- Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya. Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan,ia akan menyatakan kepada isterinya.
- Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak disenangi isterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun.
- Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya, berbincang-bincang, menghargai pandangan isterinya dan sebagainya.
- Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya.
- Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga. Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu :-
1. Tubuh badan yang sempurna sanggup melaksanakan tanggupjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu memenuhi keperluan zahir dan batin.
2. Akal fikiran yang sempurna
- berfikiran positif.
3. Pengetahuan agama yang sempurna
- untuk membimbing ahli keluarganya mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup.
4. Membelanjakan sebahagian harta
- mencari nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya
B. Keperibadian Suami Yang Menjadi Impian Isteri
1. Penuh kerinduan dan kasih sayang
2. Mencintai
3. Gagah dan berakhlak mulia
4. Kaya dan bijaksana
5. Memberikan cahaya kehidupan
6. Menegakkan kebenaran
7. Mulia di sisi Allah
C. Ciri-ciri Suami Teladan
- suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah
- suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah Allah
- suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahan isterinya.
1. Ciri-ciri suami yang soleh ialah:
a. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.
b. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT
c. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya
d. Menjaga hati dan perasaan isteri
e. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang diluar kemampuan isteri
f. Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan
g. Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.
h. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.
i. Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin.
j. Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan.
k. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa.
l. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya.
m. Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.
n. Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama.
2. Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keredhaan Allah SWT iaitu:
a. Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai.
b. Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan.
c. Rumahtangga sentiasa bersih dan selesa.
d. Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara haram dan syubhat.
e. Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah.
f. Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih-lebihan ketika bersolek.
g. Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-nilai keperibadian muslim.
h. Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga.
i. Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam.
j. Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan.
k. Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga.
D. Suami yang penuh sentuhan kasih
Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri :-
1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri,
Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi, memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajat nya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab.
Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.
2. Memberi pujian terhadap isteri,
Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri.
Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya, "Adakah engkau cinta padaku? ". Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.
3. Menentukan batas tanggungjawab, Islam telah mengatur,
tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suami berkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak.
Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua
tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa
dan tempat.
4. Menghindari kritikan terhadap isteri,
Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia
boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan
sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri.
Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan
kesan negatif terhadap isterinya iaitu:
a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah
b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada
perasaan kecewa dan tekanan batin.
c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan
untuk bersama.
d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan
kehilangan identiti dirinya sendiri.
e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.
f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.
5. Memperhatikan sesuatu yang romantik,
Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita, hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yang mempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita.
Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.
6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami,
Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.
7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri,
Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan
tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan
setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.
8. Memahami gelora jiwa isteri,
Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan
dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi
isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai org
yang dapat membimbing hidupnya.
9. Membina kerjasama yang baik,
Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan
isterinya akan mampu mengujudkan keluarga bahagia.
10. Memenuhi keperluan peribadi,
Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing
memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik
dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah
memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan
tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.
E. Kewajipan Suami Dalam Rumahtangga
1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna
2. Memberi nafkah kepada isteri
3. Menggaulinya dengan baik
a. Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan
b. Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal
c. Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepadanya, menghiburkan isteri supaya hatinya sentiasa gembira.
d. Memaafkan lkeslaahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudi pekerti mulia.
e. Di hadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan kerana isterinya juga menyenangi apa yg disenangi oleh suaminya.
f. Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk dengan pekerjaannya.
g. Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya dihadapan umum.
h. Melindungi isteri dari api neraka.
4. Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan,
Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan, perkataan atau perasaan. Secara umum
lelaki bersifat :
- berani dan gagah perkasa
- ingin menolong yang lemah
- ingin berkuasa
- kasar dan tamak
manakala wanita bersifat :
- lemah lembut
- pemalu
- mempunyai perasaan yang halus
- bersopan santun
- penyabar.
Sifat-sifat ini adalah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab masing-masing.
5. Membimbing isteri
Di samping memiliki sifat-safat yang baik, wanita juga mempunyai sifat buruk yang kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran. Diantaranya:
a. Mudah lupa dalam mengingati Allah, Kesibukan dengan harta kekayaan dan anak-anak kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah. Kelalaian ini akan memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya.
b. Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia Kemilauan dunia sering membuat wanita terpedaya.
c. Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain
Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan
menasihati isteri. Suami pula sepatutnya tahu bagaimana cara
membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan perselisihan.
Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya
pasangan mengamalkan perangai yang baik seperti :
1. Janganlah suami dan ister marah pada masa yang sama.
2. Jangan mengeluarkan suara yang kuat antara satu sama lain
3. Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka
biarkanlah ia menang.
4. Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap
kasih sayang.
5. Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu
6. Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada
tidak mempunyai masa terhadap pasangan.
7. Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan
8. Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita
sekurang-kurangnya sekali sehari.
9. Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf.
10. Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang
dan biasanya org yang bersalah paling banyak berbicara.
6. Membimbing anak
Seorang suami yang adalah suami yang tidak mengabaikan
tanggungjawabnya antaranya:
a. Memberikan nama yang baik bagi anaknya
b. Memberi nafkah
c. Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainya.
Labels: Artikel Islami
Monday, November 03, 2008
"Seseorang sejalan dan sealiran dengan kawan akrabnya,
maka hendaklah kamu berhati-hati dalam memilih kawan setia."
(HR. Ahmad)
Maha Agung Allah yang telah menganugerahkan jiwa-jiwa persaudaraan buat seorang mukmin. Ada kebahagiaan tersendiri ketika hidup dengan banyak teman dan saudara seiman. Mungkin, itulah di antara bentuk keberkahan. Namun, tidak semua pertemanan berujung kebaikan. Perlu kiat tersendiri agar niat baik pun menghasilkan yang baik.
Mengenali teman dengan baik
Islam adalah agama yang santun. Seperti itulah ketika Islam mengajarkan umatnya untuk senantiasa mendahului salam. Mendahului salam sangat dianjurkan Rasulullah SAW, kepada yang kita kenal atau belum: "...berilah salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang belum kamu kenal." (Muttafaqun `Alaih).
Dari salam inilah hal pertama yang bisa didapat dari calon teman adalah muslimkah dia. Paling tidak, ada gambaran sejauh mana tingkat keislaman orang itu. Karena seorang muslim yang baik paham kewajiban menjawab salam.
Setelah saling berbalas salam, jalinan perkenalan dirangsang dengan mengenalkan diri si pemberi salam terlebih dahulu. Dari situlah tukar informasi diri berlangsung lancar. Dan senyum merupakan ungkapan tersendiri yang mensinyalkan rasa persaudaraan dan perdamaian.
Rasulullah SAW. bersabda,
"Jiwa-jiwa manusia ibarat pasukan.
Bila saling mengenal menjadi rukun
dan bila tidak saling mengenal timbul perselisihan."
(HR. Muslim)
Namun, satu momen perkenalan itu jelas belum cukup. Butuh interaksi secara alami. Setelah itu, waktu dan jumlah pertemuanlah yang menentukan. Apakah perkenalan berlanjut pada persaudaraan. Atau sebaliknya, sekadar kenal saja. Dan keinginan kuat untuk bersaudara mesti diutamakan dari sekadar kenal. Terlebih persaudaraan karena jalinan iman dan takwa.
Allah SWT. mengisyaratkan itu dalam surah Al-Hujurat ayat 13.
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu
dari seorang laki-laki dan seorang perempuan
dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku
supaya kamu saling kenal mengenal.
Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah
ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
Walau pada tingkat persaudaraan, perkenalan bukan berarti sesuatu yang sudah usai. Karena kehidupan manusia tidak diam. Ia selalu bergerak, berubah, dan berganti. Termasuk pada sikap dan karakter. Boleh jadi, seseorang bisa terheran-heran dengan perubahan teman lama yang pernah ia kenal. Karena ada yang beda dalam fisik, sikap, karakter, bahkan keyakinan.
Perubahan-perubahan itulah menjadikan seorang mukmin senantiasa menghidupkan nasihat. Mukmin yang baik tidak cukup hanya mampu memberi nasihat. Tapi, juga siap menerima nasihat. Dari nasihat itulah, hal-hal buruk yang baru muncul dari seorang teman bisa terluruskan.
Seperti itulah firman Allah SWT. dalam surah Al-`Ashr ayat 1 sampai 3.
"Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh
dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran
dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran."
Mewaspadai dampak buruk seorang teman
Buruk sangka dalam pertemanan memang tidak dibenarkan Islam. Tapi, ketika ada fakta-fakta yang menyatakan tidak bagusnya seorang teman, dan nasihat sudah tidak lagi ampuh, kewaspadaan mungkin jadi jalan terakhir. Karena tidak tertutup kemungkinan, keburukan bisa menular. Paling tidak, agar tidak kecipratan air busuk temannya.
Rasulullah SAW. bersabda,
"Kawan pendamping yang saleh ibarat penjual minyak wangi.
Bila dia tidak memberimu minyak wangi, kamu akan mencium keharumannya.
Sedangkan kawan pendamping yang buruk ibarat tukang pandai besi.
Bila kamu tidak terjilat apinya, kamu akan terkena asapnya."
(HR. Bukhari)
Mewaspadai tidak berarti memutus pertemanan buat selamanya. Apalagi menyebar hawa permusuhan dan kebencian. Karena boleh jadi, sifat buruk bisa berubah baik. Sebagaimana, baik menjadi buruk. Kontribusi sebagai seorang teman mesti terus mengalir. Paling tidak, dalam bentuk doa.
Berhati-hati mencintai seseorang
Cinta tidak melulu antara laki dan wanita. Ada cinta lain yang berwarna persaudaraan dan pertemanan. Karena ikatan suku, profesi, sekelompok orang bisa saling mencintai. Begitu pun dalam ikatan persaudaraan Islam.
Rasulullah SAW. mengatakan,
"Tidaklah beriman seseorang di antara kamu
sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri."
Umumnya, cinta punya rumus : saling kenal, saling paham, saling cinta, dan saling berkorban. Tapi, ada cinta yang datang tiba-tiba. Mungkin karena ada sesuatu yang menarik dari penampilan fisik, cinta langsung berbunga. Atau, karena ada seseorang yang begitu murah hati dan dermawan, cinta bisa langsung tumbuh pesat. Ada utang budi yang berinti cinta. Kalau sudah begitu, pengorbanan menjadi sesuatu yang amat ringan.
Kalau orang yang cepat dicintai itu memang layak dicintai, simpati dan pengorbanan tentu akan berbuah kebaikan. Tapi, bagaimana jika yang tiba-tiba dicintai itu punya maksud tidak baik. Karena kelihaian, atau karena sudah jadi profesi, cinta bisa dimanipulasi menjadi alat efektif melakukan penipuan.
Karena itu, Rasulullah SAW. mewanti-wanti dalam mencintai seseorang. Cinta bisa menghilangkan daya kritis dan rasionalitas seseorang.
Rasulullah SAW bersabda :
"Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli."
(HR. Abu Dawud dan Ahmad)
Berteman dan bersaudara memang menjadi sebuah kenikmatan tersendiri buat seorang mukmin. Pertemanan seperti itu tidak hanya bermanfaat di dunia, tapi juga di akhirat.
Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya Allah pada Hari Kiamat berseru,
`Di mana orang-orang yang saling mencintai karena keagungan-Ku?
Pada hari ini akan Aku lindungi mereka dalam lindungan-Ku,
pada hari yang tidak ada perlindungan, kecuali per-lindungan-Ku."
(HR. Muslim
Labels: Artikel Islami
WANITA" adalah makhluk yg mempunyai berbagai keajaiban, Wanita shalehah adalah makhluk yg luwes dan mempunyai peran sangat Fleksibel.....BILA di Musim Panas bisa menjadi AWAN yg meneduhkan, di Musim Hujan bisa mrnjadi PAYUNG yg melindungi dari tetesan air, di Musim Kering bisa menjadi MATA AIR yg menyuburkan, Panas mendinginkan dan Dingin Menghangatkan.....Tidak ada banyak yg tahu tentang keajaiban WANITA, KECUALI orang2 yg MEMULIAKAN WANITA, Allah sudah memuliakan wanita, tergantung wanita itu sendiri yg mempertahankan dan memperjuangkan kemuliaannya.
Kalaulah tidak karena wanita, tidak ada keindahan di dunia ini, dunia menjadi menarik dan cantik karena ada tangan wanita yg menyentuhnya, yg kasar dibuatnya menjadi halus, yg berantakan dibuatnya menjadi teratur, yg kaku dibuatnya menjadi lentur, yg binal dibuatnya menjadi jinak dan yg kotor dibuatnya menjadi bersih...Karena wanita dunia mengenal seni dan sastra, dunia mengenal mana racun dan mana madu.
Allah telah memberi kelebihan terhadap kaum Wanita, sebagai makhluk pembangkit rasa, dan penabur selera, karena manusia tanpa rasa tidak pernah tahu nikmatnya dunia, allah menjadikan wanita sebagai isi dunia yg menyenangkan, seperti sabda rasulullah" Dunia seluruhnya adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan dunia adalah WANITA Shalehah"(HR Muslim).
Peranan penting wanita adalah menjadi penenang hidup bagi kaum laki2, tapi kacaunya dunia ini disebabkan ulah kaum laki2 yg mempermainkan dan dipermainkan wanita, kadang tidak semua laki2 menyadari peranana wanita, kaum lelaki terkesan menyepelekan wanita, kaum lelaki terlalu besar egonya, menganggap wanita hanya sebagai penambal, padahal seharusnya menjadi pokok dalam kehidupan rumah tangga, Rasulullah SAW menyatakan, LELAKI yg tidak menikah itu agamanya baru separo, berarti wanita adalah separo yg lain sehingga menjadi satu kesatuan yg utuh.....
Sudah waktunya sekarang kaum lelaki mempunyai kewajiban melindungi wanita, karena dari wanita-lah berhamburan butir2 keindahan, terbangun suasana yg sejuk dan romantis, dari rahimnya terlahir generasi2 pembela kehormatan, penegak keadilan, pahlawan penentang kezaliman dan manusia2 penebar kebajikan, dari dalam hatinya meluncur nasehat2 memberi semangat putra-putrinya dan yg paling UTAMA adalah Bahwa LAKI2 Terlahir dari RAHIM WANITA....
Sungguhpun demikian kaum wanita tetap harus sadar akan KODRATnya, walau dari kiri kananya muncul hal2 baru, kadang menambah indah, tetapi tidak jarang menjadi masalah, Orang berharap pada wanita, tetapi wanita sendiri menghadapi masalah dan fitnah....untuk itu hati2lah wahai kaum wanita...
SEMOGA KAUM WANITA MENDAPAT PENCERAHAN...SECERAH JALAN YG DITEMPUH OLEH WALI-WALI ALLAH....AMINNNNNNNNN....
Labels: Artikel Islami
